skhap.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG
JALAN SEKOLAH, KEPALA BATAS Tel : 045751145, Faks : 045751145
e-mel : skhap@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | TERKINI | KATA ALU-ALUAN GURU BESAR | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI DAN MISI | PIAGAM PELANGGAN | PIAGAM SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | PELAN KECEMASAN | STAF AKADEMIK SKHA 2011 | STAF SOKONGAN SKHA | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR 2010 | KURIKULUM 2012 | HEM 2012 | KOKURIKULUM 2012 | TUGAS & TANGGUNGJAWAB GURU | JADUAL PENCERAPAN DAN PENYEMAKAN BUKU RAMPAIAN | JADUAL TUGAS MINGGUAN GURU 2012 | JADUAL WAKTU 2012 | TAKWIM SKHA 2012 | TAKWIM PEPERIKSAAN 2012 | TAKWIM PENTING 2012 | PDCA | LAMAN SESAWANG SEKOLAH | PrOD | PAUTAN | BUKU PELAWAT | CARTA ORGANISASI |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

 Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 September 1954. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama "Government English School, Kepala Batas". Pada masa penubuhannya sekolah ini mempunyai 3 orang guru termasuk Guru Besar iaitu E. Abdul Aziz bin Abdullah dan seorang jaga. Manakala bilangan murid seramai 81 orang .

Pada 10 Ogos 1958 , nama sekolah ditukarkan kepada "Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Kepala Batas" Berikutan dengan itu juga moto sekolah telah ditukar dari "Originality" kepada "Ilmu Panduan Hidup"

Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YB Ketua MEnteri Pulau Pinang ketika itu iaitu Datuk Wong Pow Nee pada 17 November 1960. Pada 4 September sekolah ini sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang Kepala Batas oleh Lembaga Pengurus Sekolah , sempena nama pengasas sekolah ini pada 10 Julai 1972. Seterusnya sekolah ini telah ditukar kepada "Sekolah Kebangsaan Hashim Awang pada tahun 1997.

PENGASAS :

Sekolah ini ditubuhkan atas permohonan penduduk tempatan bahawa tiada Sekolah Rendah Inggeris bagi kawasan Seberang Perai Utara. Sekolah Inggeris yang berhampiran sekali ialah di Bukit Mertajam     ( 14 batu) dan di Butterworth. Syor-syor ini telah dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Undangan Negeri Pulau Pinang oleh YB En. Hashim Awang ,ahli Majlis Mesyuarat Pulau Pinang pada masa itu .

BANGUNAN :
Sekolah ini telah dibina di atas Lot 517 dan 526 Mukim 6 Seberang Perai Utara seluas 7 ekar . Bangunan asalnya ialah dewan , 3 bilik bertambah kepada beberapa blok bangunan yang mengandungi 24 bilik termasuk bilik Pusat Sumber , Kemahiran Hidup , Makmal Komputer , Makmal Sains dan bilik guru.
Bangunan yang terbaru didirikan adalah dua blok bangunan 4 tingkat yang telah diluluskan peruntukannya sebanyak RM480,000.00 pada tahun 1986 oleh YB Dato Seri Hj. Abdullah bin Haji Ahmad Badawi , yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu .



 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: